Saturday, 20 January 2018

PENGEDITAN IMEJ

  • Penyuntingan gambar menggunakan GIMP ( GNU Image Manipulation Program ) merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL). 
  • Kebolehan dan keupayaan yang sama seperti perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti, mengubah suai foto, memaniplasi imej, dan membentuk imej. 
  • Hasil akhir tugasan boleh sisimpan dalam pelbagai jenis format fail seperti : bmp, gif, jpeg, mng, pdf, png, ps,psd, svg, tiff, tga, xpm, dan lain lain lagi. 


Memulakan perisian GIMP 
klik pada butang Start > All Programs > GIMP . Rujuk gambar dibawah


Bahagian-bahagian asas yang ada dalam perisian GIMP ialah :
  1.  Main toolbox
  2.  Tools option 
  3.  Image window
  4.  Layer, Channels, Paths
  5.  Brushes, Patterns, Gradients

*Setiap ikon mempunya fungsi tersendiri*

Asas Penyunting Imej 
1. Klik pada menu File > Open untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan seperti rajah di bawah.

2. Tetingkap "Open Image" akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open

3. Gambar yang dipilih akan dipaparkan pada tetingkap yang lain seperti di rajak dan proses mengedit boleh dilakukan. 

4. Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan. 

5. Setelah selesai, tekan enter  pada papan kekunci. Keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih seperti yang ditunjukkan pada rajah. 
6. Klik pada menu Edit > Copy  untuk menyalin imej yang telah dipilih. 

7. klik pada menu File > New.  Tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka. Setkan saiz imej 500 x 440 dalam piksels. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian klik butang OK

8. Sebelum anda menampal imej yang disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. Kemudian klik pada menu edit > paste. Sekiranya imej yang ditampal terlalu besar, imej tersebut boleh diubah saiznya menggunakan Scale Tool.  

9. Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool  yang ada dalam Toolbox. 

10. Rajah dibawah adalah contoh imej yang telah disalin dan ditampal menggunakan teknik asas penyuntingan. 
11. Sebelum memasukkan latar belakang menggunkan bucket fill, gradient effects atau pattern fill, pastikan layer background dipilih terlebih dahulu seperti rajah dibawah. 
12. Pilih background yang anda suka, dengan menggunakan teknik asas iaitu copy and paste as new layer, masukkan background anda pada layer yang mempunyai imej yang digunting disalin dan sitampal tadi. jadi imej anda akan kelihatan seperti ini ! 

13. Setelah selesai simpan fail tersebut mengikut format yang anda kehendaki! 

No comments:

Post a Comment

BLOG

Blog ialah singkatan untuk weblog. Merupakan satu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di jaringan internet.  Sentiasa dikemas ki...