Apatu Digital Literacy?
"digital literacy" adalah salah satu pengetahuan dan kefahaman mengenai komputer, peranti mudah alih, internet dan juga teknologi dahulu sehingga kini.
Komputer tu macam mana pulak?
merupakan sebuah peranti elektronik yang mana beroperasi bawah kawalan dan arahan yang disimpan dalam memori / "processor" komputer tersebut.
macam mana komputer ni berfungsi?
INPUT DEVICES → PROCESSOR → OUTPUT DEVICES
↑↓
STORAGE DEVICES
haa macam tu la komputer berfungsi memproses data dan memori.
eh jap data tu apa ?
Data ni adalah input yang kita masukkan ke dalam sesuatu peranti.
Contoh masa nak bayar barang yang kita beli, kebanyakan kedai dan semestinya pasar raya kan akan scan bar code dekat barang tu, ha itu adalah data barang tu. Data tu nanti akan masuk ke dalam komputer.
Okay daripada data yang di scan tu, kita akan dapat "Information"/ maklumat.
Maklumat ni sebenarnnya adalah output daripada peranti tersebut.
Contoh lepas dah scan, dan bayar kita akan terima satu resit, yes resit tu adalah output tersebut.
Komponen Komputer
keyboard dan touchpad adalah komponen komputer yang asas dan penting untuk proses input dan output.
scanner ni pula berfungsi untuk menukarkan imej kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer. scanner ni adalah salah satu peranti input tau.
printer ? salah satu peranti output yang mana berfungsi untuk tafsirkan teks dan grafik daripada komputer kita.
Internet
tempat dimana kita boleh mendapatkan segala maklumat. tapi apa beza web, website dan web server?
Web - koleksi dokumen elektronik di seluruh dunia, yang masing-masing dipanggil webpage
Website - koleksi yang mana berkait dengan webpage
Web server - berfungsi untuk menghantar maklumat kepada komputer untuk buka webpage
Nak connect dengan internet macam mana pulak?
itulah kegunaan Wifi! (communication devices) wifi adalah contoh peranti yang mana wifi akan transfer maklumat dari komputer ke transmission media.
Teknologi?
Ada baik dan buruk nya, bila teknologi sekarang makin canggih dari hari ke hari, kita sebagai pengguna pun mestilah kena pandai dalam mengendalikannya dan semestinya jadilah pengguna teknologi yang BIJAK!
yay! Thankyou. Gerak lu pape roger. XOXO💕
No comments:
Post a Comment